5H

5H

Sunday 17 April 2011

TUNTUTAN UKHUWAH....

DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

Sebelum tu saya nak minta maaf jika coretan ini mengguris hati mana2 pihak..
tapi percayalah semua ni hanya kerana Allah...
Sahabat2ku an-Nisa.. zati, zalikha, sakinah, waji, syafiqah, balqis, herda,
farah, yan, faiza, suhana, safina, aimi, salma, afiqah, sahabat2 yg
bernama ar- rijal, dan semua sahabat yg membaca blog ni...
post ni utk ingatkan balik diri yg menulis dan yg membaca...^_^


Sebenarnya saya nak share pengalaman di kbm yg sempat saya join sabtu/ahad yg lalu..

kat sana barulah saya sedar yg selama ni kita tak memenuhi tuntutan ukhuwah kpd korang.
tuntutan ukhuwah ni adalah bila sahabat kita buat sesuatu yg dilarang oleh Allah, kita tegur dia,
nasihat dia, tapi selama ni saya sedar yg saya jarang buat semua tu... sebab???
takut korang kecik hati, takut korang benci kita, takut korang tak nak kawan kita lagi...
kadang2 ada org bagitau kita tak boleh berterus-terang sbb takut org kecik hati, takut org tu
tak dapat terima..... tapi sampai bila??? sampai bila kita nak tunggu..
sahabat yg baik tak perlu takut semua tu sebab dia harap dapat jumpa sahabatnya
di SYURGA...
tapi syurga Allah sangat mahal..sangat mahal...


kita harap korang kosongkan fikiran, lapangkan dada dan ingat Allah..
Sahabat2 sekalian, kita dah 18 tahun kan??..
cuba kita muhasabah diri kita balik apa yg kita dah buat sepanjang 18 tahun yg dah berlalu tu..
--------------------------/-------------------------------------------
( 18thn yg dah berlalu ) ( baki umur yg tak tentu lagi )


adakah sepanjang 18 tahun tu kita dah memenuhi tanggungjawab kita sebagai hamba Allah????
amalannya, ibadatnya, pakaiannya, dakwahnya, dan byk lagi...
adakah kita dah bersedia untuk menghadapi sakaratul maut dan menghadap Allah???
mungkin selama ni kita tak fikir tentang semua tu sbb kita anggap kita masih muda...lambat lagi mati..
sahabat2, mati tak kira usia....sedarlah dari kealpaan kita selama ni, sedarlah dari keseronokan dunia..
dunia ni NOTHING...jika dibandingkan dgn sayap lalat, sayap lalat lagi berharga...


Sahabat2ku an-nisa', biarlah kita dihina 'ketinggalan zaman' krn tak ikut fesyen zaman sekarang
semata-mata utk jaga aurat, biarlah apapun org nak kata sbb hasutan syaitan sentiasa ada utk melemahkan kita...
kite tak sanggup tengok sahabat2 kite hari2 tempah tiket percuma ke NERAKA JAHANNAM
dgn hanya perbuatan yg kita pandang remeh selama ni..
antaranya pakai baju ketat, tudung tak tutup dada, pakai tudung jarang yg menampakkan
rambut dan tak pakai stoking....kite tau.nak jaga aurat bukannya senang...
mulalah dari awal, pakailah stoking yg comel2 tu dulu, no problem,  kite tau korang suke...
nanti kita akan terbiasa keluar pakai stoking..
Allah perintahkan kita tutup semua kecuali muka dan tapak tangan..
takde yg mengatakan aurat perempuan seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki..
carilah tudung yg tak jarang, tudung yg dapat tutup dada...
baju pulak carilah baju yg longgar....jgn terpengaruh dgn fesyen zmn sekarang...
kuatkan hati, ingatlah mati
jadi perempuan bukan mudah...
di mana ada kemahuan di situ ada jalan..
sama-samalah kita berubah kerana dunia dah akhir zaman...kita tak tau bila kita mati..
mungkin esok....


Sahabat2 yg bernama ar-rijal...berjihadlah di jalan Allah, nak berjihad ada mcm2 cara..
sekarang kita tak perlu nak bermandi darah utk berjihad...
pergi ke masjid pun adalah jihad...sekarang islam memerlukan anak2 muda..
cuba kita tgk berapa kerat je pemuda islam yg pergi masjid setiap waktu solat...
jangan tunggu dah tua...kita tak tau bila kita akan mati...


So..sama-samalah kita berubah...
kejarlah akhirat....
bila urusan akhirat beres, urusan dunia mesti mudah...
yakinlah bila kita tolong agama Allah, Allah pasti akan tolong kita...
yang penting ingatlah mati...
orang yg paling bijak adalah org yg mengingati mati dan mempersiapkan
diri utk menghadapi kematian...


6 comments:

  1. thx aisyah for the reminder..insyaallah,peubahan ke arah yg lebih baik..:)

    ReplyDelete
  2. asiyah,,nak nangis bace post nie..act,,very nice post!!

    ReplyDelete
  3. aisyah...tme kasih sbb ngatkn blek sume 2..manusia base alpa..huu

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Aisyah!!! \(^,^)/

    ReplyDelete
  5. thnx aisyah...pesanan yg b'makna sungguh...

    ReplyDelete