5H

5H

Wednesday 13 April 2011

ReSuLt oH ReSuLt!!

Masih segar di ingatanku ketika seminngu sebelum keputusan SPM dikeluarkan,,memang kecoh xkirala di facebook mahupun di henpon,,masing2 cam xsabar jer nk menunggu result SPM..aku?erm..entahla..mcm xde perasaan pulak,,cuak?adela ckit,,tp masih segar di ingatanku ketika aku berada di PLKN..ada seorang wira nie bgtaw kat surau..dye kata..sepertimana yg kita tahu result SPM tinggal bape ari jer lagi nak keluar..mesti korang cuak kan,,tp ingat!jgn sesekali sifat takut e2 melebihi segala2nya,,andainya antum semua terlalu takut,,maksudnya antum semua xyakin sepenuhnya kpd Allah S.WT.selepas je dye ckap mcm tue,,hati aku terus tenang,,.” Seminngu sebelum keluarnya result,,bermacam2 ragam kwn2 aku,,ada yg makan xkenyang,,mandi xbasah,tidur xlena n mcm2 lgla,,tkowt punya pasal katakan,,!..”

Tanggal 23 Mac 2011..yang merupakan hari bersejarah bg pelajar2 SPM 2010.ketika sampai je aku di dewan sekolah..mcm2 aktiviti manusia aku dpt lihat,,.Kelihatan seorang pelajar dengan bercakap dengan maknya. “Mak, Alhamdulillah akhiar dapat STRAIGT A’s....”. Hanya itu kalimah yang mampu diucapkan. Kelihatan pula seorang pelajar perempuan dengan tenang memegang slip peperiksaan sambil berbual dengan kwannya. “Zalikha ko dpt dapat berapa?” Dengan tenang dia menjawab “Alhamdulillah, kte dapat STRAIGHT A’s” Ketika itu juga mereka saling berpelukan dan menangis kegembiraan.Tak kurang juga berkata, “Ala…aku cuma dapat 7A  jerlah  Piqa..,Piqa rasa cukup ke?  ” Dan cam mane pulakla aku nak sambung belajar pasnie? “Niat aku nak kurangkan beban mak dan ayah aku sikit,,yela klau result gempak bolehla dpt biasiswa mana2..so mak ayah aku xdela keluarkan duit bnyk2..tp…..”

Tak dinafikan setiap orang inginkan kejayaan, kejayaan hidup di dunia dan di akhirat..Pernahkah di antara kita terdetik di dalam hati, Kenapa aku tak seperti dia?..Kenapa aku tak dapat STRAIGHT A’s mcm  dia..? Sedang aku dah berusaha bersungguh-sungguh lebih darinya?..kenapa?..kenapa?...Pernahkah juga terdetik “aku study malam, aku jaga hubungan dengan Allah, aku jaga hubungan aku dengan manusia, aku lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan laranganNya, tapi result aku tak seperti kawan-kawan yang lain..kenapa semua ini berlaku?’..

“Adakah sebab aku terlalu sibuk?”..sibuk dengan aktiviti sukan?..” Mustahil, kawan2 aku pun semuanya sibuk dengan aktiviti sukan???nape diorang dpt kejayaan tue tp bukan aku?? Allah tak sekejam itu..Allah itu Maha Adil, Sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadang-kadang kita  hanya mampu mengeluh dengan setiap ujianNya tapi pernahkah kita terfikir sesungguhnya apa yang kita lalui ini adalah yang terbaik untuk kita.

Seorang pelajar ada bertanya kepada sahabatnya “Kau rasa Allah nak tak bagi kejayaan pada mereka yang berusaha?” Dengan tenang sahabatnya menjawabAllah akan memberi kejayaan kepada sesiapa yang berusaha tetapi Allah lebih suka hambaNya diuji. Setakat mana kita mampu bersabar dengan ujian yang diberi, itulah kejayaan yang hakiki”

Ingatlah wahai sahabatku, walaupun kita tak mampu menjadi pelajar yang berjaya dan cemerlang di dunia, tapi kita masih mampu menjadi hambaNya yang bersyukur. Bersyukurlah kerana kita masih diberi nikmat iman dn islam, masih diberi nyawa untuk hidup, masih diberi akal untuk berfikir dan jangan sesekali kecewa dengan apa yang diturunkan kerana sesungguhnya Allah telah berfirman yang bermaksud “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat dosa dari apa yang dikerjakannya”

~sesungguhnya semua orang layak utk mendapat kejayaan,,,
namun ketahuilah
kejayaan e2 diberikan dgn pelbagai bentuk~

harapanku,,semoga sahabat-sahabatku terutamanya sahabat
5 HIDAYAH,,mendapat kejayaan dan kecemerlangan sama ada di dunia dan akhirat,,insyaALLAH..

No comments:

Post a Comment