5H

5H

Saturday 29 June 2013

memimpin atau dipimpin ?



Assalamualaikum ! Demi utk menepati janji, aku tulis jugak lah sebab dulu ada janji bila dah habis exam kena tolong meriahkan blog ni. Jadi mungkin kali ni aku nak kongsi tntang topik yg nmpak sgt general tapi penting ! KEPIMPINAN atau KHALIFAH . Bila sebut je 2 perkataan ni memang kita akan fikir smua manusia dijadikan sebagai khalifah dan pemimpin. Paling kurang pon jadi pemimpin kepada diri sendiri dan seterusnya ke peringkat atasan dan aku malas nak ulas pasal bnda itu sbb rasanya korang smua dah tahu dan sedia maklum.

Disebabkan umur kita dah 20 ! (dah tak belas2 lagi dah !), jadi aku rasa wajar utk aku ulas skit berkenaan dgn PEMIMPIN di peringkat yg lebih tinggi iaitu pemimpin kepada masyarakat dan negara. Sape kata jadi pemimpin itu mudah dan senang ? Sorang pemimpin tu satu tapak kakinya di dalam syurga dan satu lagi dalam neraka. Kalau pemimpin itu adil masuklah dia dlm syurga dan kalau beliau zalim..neraka lah jawabnya. 

Jadi mcm yg kita smua tahu parlimen dah pun mula bersidang dan pemimpin2 atau pon wakil rakyat dah start lah buat kerja2 dorang. Dlm parlimen itulah undang2 atau perlembagaan digubal dan dipinda dan suka atau pon tak segala apa yg berlaku dlm parlimen itu akan mempengaruhi hidup seharian kita walaupun kita tak peduli apa yg berlaku. Bila sebut saja parlimen, memang tak lari lah ungkapan PERBAHASAN. Mungkin kalau kita masuk pertandingan bahas kita akan bermati matian nak kata kita yg betul dan kata pembangkang itu salah. Tapi bagi aku, kalau pemimpin yg baik sepatutnya berharap agar kebenaran akan ditunjukkan melalui lidah lawannya dan bukan daripada lidahnya sendiri supaya dia tak ego dan selalu fikir pendapat dia sahaja yg betul..tapi mesti tak akan ada org yg mcm ni kan ? kalau ada pon nnti org kata beliau itu gila..

realitinya memang susah kita nak capai persetujuan dlm satu2 perkara sbb cara kita fikir dan nilai satu benda tu memang tak sama. Sbb itu Tun Mahathir pernah sebut.. kalau nk uji kepimpinan seseorg itu..suruhlah dia buat satu undang2 utk dilaksanakan.. kalau dari pemimpin yg baik mesti tiada kontroversi yg akan berlaku…tapi disebabkan tak ada keputusan yg akan puaskan hati smua org…maka kalau kurang dari 5% kontroversi berlaku maka beliau masuk dlm kategori pemimpin yg baik.

Ada sorang hamba Allah ni , alhamdulillah results SPM dia boleh lah tahan.. dan lpas dpt results..ramai org tnya ..nak buat medic eh ? engineering ? *mungkin disebabkan dia aliran sains dulu.. dan alhamdulillah dia ni dpt beberapa tawaran kursus yg berbeza dari organisasi yg berlainan seperti Petronas, Mara dan sebagainya. Tapi akhirnya , dia amik tawaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan smua org fikir.. amik BNM sbb dia kasi elaun paling byk dan nmpak gah lah bagai. *sbb nik nur madihah dgn amalina che bakri budak BNM kira gah lah kan ? Aku ada lah jugak tnya dia ni kenapa amik BNM? Tak amik yg lain ? dan dia kata secara umumnya sistem pendidikan Malaysia ni kalau org yg dpt masuk aliran sains je boleh dikatakan lebih cerdik skit lah(sbb sains kan susah kannn !) kalau nk dibandingkan dgn org yg amik aliran sastera. Jadi kalau smua org yg cerdik skit ni semuanya jadi doktor.. engineer dan  kerjaya yg berkaitan dgn  sains.. sape yg nak amik bidang sastera (kalau ikut SPM lah) mcm ekonomi, perakaunan dan sebagainya. Sbb kalau kita tgk realitinya, pemimpin negara kita.. menteri2 kesemuanya berlatar belakang aliran sastera. Jadi kalau smua org pndai2 jadi doktor, org2 yg kurang cerdik pulak akan jadi menteri.. jadi rugilah negara kita.  Sape yg control negara kita ? sape yg ada pengaruh dan kuasa lg besar…antara doktor dgn PM.. kalau salah sorang buat kesilapan..mana yg akan beri impak yg lebih kepada masyarakat ? doktor ke PM ? *Betul jugak kata dia ni kan ? Contohnya, kalau kerajaan naikkan cukai pendapatan, rasanya semua org tak kiralah doktor ke engineer ke peguam ke smua terpaksa akur dgn apa yg telah diputuskan oleh golongan atasan negara kita. 

Nak jadi pemimpin juga kena bijak ! Manusia ni tak sama. Tak kisahlah dari segi apa pon…tahap pemikiran, gaya kehidupannya, agama dan apa2 lah. Pemimpin negara  terpaksa berhadapan dgn org yg berbeza2. Sbb tu kena bijak..Cara komunikasi itu kena pelbagai bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kadang lembu mengemoo ! * eh ? yeke? Hahaha  Golongan muda, ada caranya utk kita berkomunikasi…yg bukan muslim mungkin berbeza cara komunikasi kita dgn sesama muslim.. Saidina Ali pernah ckp kalau kata2 kita datang dari mulut..maka telinga akan dengar..tp  kalau kata2 kita dtg dari hati ..maka hati akan dengar.. jadi utk berkata melalui hati.. kita kena kenali hati org yg kita nak berhadapan itu mcm mana…warna merah ke putih ke mungkin hitam ke..

Mungkin ada yg kata..ala biarlah pemipin buat kerja dorang…kita buat kerja kita..buat apa nk sibuk2 ambil tahu… kita perlu ingat pemimpin juga adalah manusia biasa..tak akan terlepas dari kesilapan..jadi golongan2 yg dipimpin ini perlu menegur sekiranya pemimpin ada melakukan kesilapan.. itu lah peranan golongan yg dipimpin... analoginya kawan kita tgh pandu kereta nak pergi kolej.. dan kita yg duduk kat belakang ni tahu dia dah tersalah jalan…jadi kalau kita(yg dipimpin) tak tegur atau sedarkan kawan kita yg memandu tu (pemimpin) maka sesatlah kita selama2nya…smpai qiamat pon tak smpai kolej tuh..*pengalaman sendiri eh? Haha even kalau  dalam solat pon makmum akan tegur imam kalau dia salah..


Mungkin antara kita nnti akan ada yg bergelar pemimpin masyarakat..pemimpin syarikat2 besar malah mungkin pemimpin negara? Kita tak tahu kan ? tapi sebelum kita jadi pemimpin2 tersebut kita kena tahu cabaran2 nya… supaya kita takde lah cepat putus asa dan mengalah … dan selalunya bila kita ada di atas selalunya kita akan cepat lupa..lupa tuhan, lupa keluarga, lupa asal usul..tapi yg penting kalau kita ingat tuhan…insyaallah smua akan okay !  bak kata org kita ni hidup utk beribadah bukan beribadah utk hidup.. (sama mcm kita makan utk hidup bukan hidup utk makan kann

Akhir sekali, jaga diri baik2 semua dah mohon tolong doakan results exam aku yg akan kluar tak lama lagi supaya dpt aku terbang ! haha kalau ada rezeki kita jumpa lagi !
Rama2 tak tahu warna kepak mereka…tapi mata manusia tahu betapa cantiknya rama2.. konklusinya, kita tak tahu sama ada kita ni bagus atau tidak tapi orang lain boleh nmpak bahawa kita ni sebenarnya sgt hebat..jadi jgn takut utk menunjukkan kehebatan itu utk kepentingan agama ,bangsa, dan negara..  *aku memang suka rama2 sbb tuh kalau tulis blog je mesti ada rama2.. hehe :D