5H

5H

Wednesday 13 April 2011

JoM USRAH di CAMPUS!!!

Pengenalan Usrah








Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang 
bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa
Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum 
kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di 
dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah
 mufrad
kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.
Manakala dari segi istilahnya pula, usrah  bermaksud kumpulan
atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, 
berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk
memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah 
Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan 
hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan 
bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat 
dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, 
kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi 
sesiapa yang melanggar perintahnya).
Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh 
Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul 
mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. 
Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur 
seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani 
dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
Kepentingan usrah ini tidak dinafikan lagi kerana apabila kita
 lihat pada awal perjuangan Rasulullah s.a.w., baginda sangat 
mengambil berat tentang usrah di samping baginda berjalan 
dalam keadaan yang sirri (senyap). Ini dapat dilihat apabila 
Rasulullah memilih bait Arqam bin Arqam sebagai tempat 
usrah. Arqam ini seorang budak kecil yang memang tidak dijangka 
oleh orang kafir bahawa Rasulullah melaksanakan usrah di rumahnya. 
Kita lihat ini satu taktik atau sirriah yang dibuat oleh baginda.
Kepentingan usrah ini jelas lagi bilamana pejuang-pejuang Islam 

sebelum kita melihat proses usrah yang dibuat oleh Imam As-Syahid 
Hassan Al-Banna. Apabila kita membaca perjalanan usrahnya, 
kita dapati beliau sangat mengambil berat terhadap anak buahnya. 
Boleh dikatakan beliau akan bertemu dengan anak buahnya setiap 
hari walaupun cuma beberapa minit, tidak kira malam, pagi-pagi buta, 
atau sebagainya kerana prinsip beliau yang amat penting sekali sekadar 
bertemu mata antara dengan anak buah akan menimbulkan rasa 
ukhuwah dan semangat yang kuat dalam berjuang. Proses seperti 
inilah yang harus kita ambil contoh dalam kita mengendalikan 
perjalanan usrah.Dengan sebab itulah kita jangan sekali-kali menjadikan usrah
 sebagai usaha sampingan sahaja, tetapi anggaplah usrah sebagai 
aset yang terpenting dalam jemaah kita—kerana usrah yang berjaya 
itu melahirkan jemaah yang kuat dan berkualiti, insya-Allah.Oleh hal 
yang demikian, wahai pejuang-pejuang Islam tercinta, kenallah diri 
dan muhasabah selalu.
  • Di manakah kerja-kerja Islam yang telah kita lakukan untuk ummah ini?
  • Siapakah diri kita yang sebenarnya?
  • Apakah tanggungjawab kita dijadikan oleh Allah?
Seterusnya ingatlah janji-janji Allah yang akan membantu kita 
bilamana kita membantunya. Janganlah berasa ragu-ragu lagi 
dalam perjuangan suci ini, kerana dalam perjuangan, kita perlu 
berpegang pada dua prinsip sama ada kita menang atau syahid


  Mutiara Kata Abu Ridhwan
Anak muda di jalan Dakwah.. bertatihlah dengan istiqamah dan optimis dengan janji Allah. Setiap ujian Allah ke atas kita adalah untuk melayakkan kita menerima darjat yang lebih mulia di sisinya, apakah ada kemuliaan yg lebih baik selain dari menjadi penolong-penolong agama Allah SWT, mujahid setia yang sabar, redha dan berserah diri, tidak termakan dengan bisikan-bisikan syaitan & hawa nafsu. Ayuh! Bebaskan dirimu dari graviti bumi yang mengajak kamu mencintai dunia sehingga melupakan akhirat


Mutiara Kata Abu Ridhwan
Banyakkan bicara masa depan dan persiapan kita di akhirat 
daripada banyak bicara ketidakcukupan kita di dunia.. InsyaAllah,
Allah akan mencukupkan keperluan kita di dunia lebih lagi.....


Kawan2...sebenarnya empunye diri yg tulis post ni pon baru join usrah ikut modul yg 
sebenar. Time kali pertama ikut usrah, rase best sgt.Macam ada di dunia lain....
dunia yg tenang....
jauh dari kesibukan dunia...
yg hanya bercakap mengenai Islam...
bila kita join usrah, baru kita tahu yg usrah tu sangat sangat sangat penting...
kita mmg kena kuat sebab syaitan laknatullah sentiasa ada utk menghasut fikiran kita..
mula2 memamglah kita rasa malas, penat, tapi bila kita dah rasa kemanisan berusrah,
kita akan jatuh cinta dengan USRAH... 

No comments:

Post a Comment