5H

5H

Monday 31 December 2012

Bittaufiq wannajah~


Salam,,buat sahabat2 5 Hidayah yang dirindui~~~
Dikesempatan ini,,kte nak ucapkan selamat berjuang dan salam imtihan kepada sahabat2 yg bakal berjuang menghadapi peperiksaan!InsyaAllah semoga dengan berkat kesungguhan kawan2 semua,,Allah akan membalas dengan kejayaan,,


Teruskan usaha walaupun kadangkala hampir putus asa,,
teruskan membaca walaupun kadangkala bosan melanda,,
teruskan menulis walaupun kadangkala idea tidak menjelma,,
dan yang paling penting,,
teruskan berdoa,,insyaAllah kalian berjaya!







Tuesday 18 December 2012

~Graduan Bumi Waqafan~~

Assalamualaikum,,,buat sahabat2,,at first,minta maaf sangat2,,sebab dah lama rasanye kte x update blog nie,,xmasukkan entry baru,,dikesempatan ini jazakallah buat kwn2 yang xjemu melawat blog ini dan xlupa juga  Mr Adanesz Dane yang sentiasa menceriakan blog ini dengan entry2 baru...

Alhamdulillah habis setahun setengah berjuang di bumi waqafan,,akhirnya pulang jua ke rumah tercinta,,rasa bersyukur, terharu dan ada juga sedikit perasaan sedih,,kalaula diberi peluang untuk sambung kembali ke bumi waqafan untuk ting.7,,pasti masih disitula kte akan smbung belajar,,insyallah~~

kawan2,,mungkin sedikitla perkongsian yang kte ingin kongsikan dengan kwn2,,pengalaman di bumi waqafan sangat bermakna,,dan xdilupakan jua pengalaman di bumi intesaber juga amat bermakna,,dikelilingi dengan kawan2 yang sangat menceriakan diri ini,,terima kasih kawan2~~

~rindu semua kawan2!!!!!~

cuma, mungkin pengalaman di bumi waqafan berbeza sedikit,,di sini,,macam,2 benda baru kte belajar,,
antaranya 5 unique things in kisas itu sendiri yang sememangnya mmg mencabar diri~~


 klau tengok point 1st,,uniknya KISAS ini dengan TARBIYAH,,
yea~mmg unik,,ad bnyk sangat tarbiyah yg kte dapat dan yg paling unik tarbiyah di kisas adalah tarbiyah sewaktu kte ngan kawan2 tgah makan malam,,pukul 6.20 petang setiap hari,,waktu tue kami wajib turun dm utk baca mathurat sama2 1 aspuri,kemudian ada bacaan hadis,,kemudian baru makan,,dan kami amat dilarang untuk membuat bising sepanjang makan,,klau ad je 1  suara kat dm, abisla akan di..shhhhhtttt, la jawabnya,,dan paling menarik dah habis makan nak bangun dari kerusi kami dilarang utk mengheret kerusi,,dlam dm xboleh kedengaran bunyi kerusi walaupun sikit,,teringat mula2 masuk kisas,,xtawla pulak kerusi dm tue kna angkat,,dan waktu tue kte heretla mcm biasa n waktu tue bunyi kerusi tue kuat sangat dan akhirnya semua pandang dan suruh senyap,,waktu tue rasa malu sangat2!!!sejujurya tarbiyah yg sesimple tue membuatkan diri kte menjadi seorang yang malas bercakap pd perkara2 xperlu,,mungkinla boleh jd seorg yg pendiam sikit dr dulu,,hehe..alhamdulillah~~


ok,,second,,teachers..yea,bg kte teachers adlah unik n special bg setiap sekolah,,INTESABER uniknya cikgu2 dengan sifat pengasih dan penyayang,,dan biasala,,rasenyer semua sekolah mcm tue..tp yg lainnya kisas nie,,majoriti cikgu2 yang mengajar dah lama,,hampir 30 tahun ade,,ad ustaz seorang ustaz yang mmg kte kagum sgt,,ustaz tue merupakan PK form 6,,kami panggil ustaz Lah,,ustaz belajar kat KISAS stat ustaz F4,,kemudian sambung F6 kat situ,,ustaz g sambung belajar kat luar negara,,n kawen kat sana,,yg bestnyer isteri ustaz, ex-kisas jugak dan skrg nie jd ustazah kat kisas,,ustaz balik dr luar negara,,jd ustaz kat kisas smpai skrg,,punya sayang ustaz kat kisas,,shinggakan semua tawaran naik pangkat or utk jadi pengetua semua ustaz tolak,,anak2 ustaz pon majoriti kisas,,n ramaila lagi guru2 veteran kat kisas yg kita kagum sgt2,,



third, friends,,,friends??lebih kurang jer,,kawan2 bumi waqafan n intesaber semuanya best2 belaka,,terima kasih kerana sentiasa di sisi utk menemani diri ini,,sayang kawan2 semua sangat2!!





next,,biah solehah,,maksudnya suasana yang solehah,,erm~~mungkinla dr segi pemakaian student kot,,ikhtilat,percakpan,,firsly, nak share pasal percakapan,,kat bumi waqafan untuk panggilan laki dan perempuan kami panggil muslimin + muslimat..dengar mcm alim je kan~~kalau nk bahasakn diri biasanya gne ana,enta, enti, antunna, antum,,haha tp ia terpulangla pd individu tue sendiri nak panggil ap,,ad yg xgne pon..tp gelaran2 nie cukup membuatkan diri kita dihormati,,membuatkan percakapan kte semakin terjaga,,kalau bab pergaulan pulak,,dulu kisas terkenal dengan bab liqa'(pertemuan pintu),,kalau nak ckp dengan laki tue msti sebalik pintu,,tp sekarang kurang sikitla,,tp alhamdulillah still ditekankan dan terjaga..

lastly,,ukhuwah~~nak ckp pasal ukhuwah nie,,entahla,,dia terpulang pd individu,,bg kte ukhuwah kisas nie unikla jugak,,esp bg kami U6,,kami sikit je,,pelajar STPM 59 orang n pelajar STAM 18 orang,,dekat sini kte belajar untuk berterus terang,,memberi teguran,,menerima teguran walaupun kadangkala perit,,.

oklah~~sampai sini je perkongsian dari 'graduan waqafan'..hehe..
ad macam2 pandangan orang kat kisas,,antaranya,,"ala budak kisas hipokrit je..dalam kisas bajet baik luar macam ape je,," ada jugak yang cakap ..
"budak kisas xla sebaik mana pon,,"

ye memang~~setiap orang berhak menilai,,terpulang pada orang yang menilai,,kalau nak baik kat mana2 pon boleh jadi baik,,kisas tempat pentarbiyahan,,ad orang yg boleh terima tarbiyah ad juga yg masih belum dapat menerima,,sama jugak macam kawan2 semua,,jangan dilihat kepada tempat untuk berubah,,tapi lihatla kepada diri,,xkisahla macam mana suasana kwan2 belajar sekarang,,sama ada di timur tengah, di mana universiti,,yang penting hati sendiri yang menilai,,jangan sesekali memberi alasan untuk berubah jadi baik..

akhirnya,,selamat berjuang buat semua kawan2,,ikhlaskan hati dalam menunutut ilmu,,insyaAllah hati yang ikhlas akan Allah mudahkan untuk menuntut ilmu,,yakinlah pada setiap takdirNya,,kerana Allah taw segala yang terbaik buat kita,,tabahkanlah hati dalam setiap ujianNya kerana ujian itula yang membuatkan kita sentiasa mengingatiNya,,barakallahufikum...

~khairun minallah wa syarrun minnafsi~~


Saturday 13 October 2012

exam fever


Assalamualaikum

Hari ni memang rasanya cuaca amat baik, disertakan dengan angina yang sepoi-sepoi bahasa rasa macam duduk kat tepi pantai je. Ok itu bukanlah entry yang DANE nak sampaikan, tapi sekarang ini di kampus DANE sendiri ada satu wabak.. iaitu EXAM FEVER… ha3.. wabak la sangat kan..

Ok kali ini, kami final exam agak lewat berbanding tahun lalu semester satu dahulu. Manakan tidaknya sesi kali ini pendaftaran bermula agak lewat… ok stop..tak mahu melalut panjang-panjang…

By the way, sama-samalah kita kuatkan azam dan sematkan tekat yang tinggi untuk terus cemerlang di dunia mahupun di akhirat, rebutlah segala peluang dan ilmu di sini, kerana DANE yakin di sinilah tempat yang sesuai untuk kita semua menuntut ilmu untuk memberikan sumbangan kepada UMMAH, berlandaskan trademark ‘WE ARE TORCHBEARERS FOR THE UMMAH’. Semoga dengan apa yang telah kita peroleh sepanjang berada the GATEWAY OF THE GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE ini mampu untuk dijadikan satu asset yang berharga untuk diri kita, keluarga, bangsa, agama dan Negara. Insya Allah.



Bittaufiq wannajah kepada sahabat-sahabat. Insya allah, di mana ada kemahuan di situlah terdapat jalan yang terbaik untuk kalian semua..


~ Berusahalah untuk mencapai sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan AGAMA sebagai jalan yang sebenar~

Saturday 6 October 2012

Monday 4 June 2012

Kabare??^_^.

Salam perjuangan..
salam ukhuwah..
salam persahabatan,,
salam perantauan..
& salam 1 akidah,,
buat sahabat2 5 Hidayah,,yang sentiasa dalam ingatan^_^


apa khabar semua?
sahabat2 yang berada di Bumi Anbiya'
yang berada di Bumi Urdun..
& yang x lupa kepada sahabat di tanah air tercinta,,
Malaysia,,
harap korang semua ok2 jela,,


ok,,panjang pulak intro,,
sori2,,kat sini hanya nak bertanya khabar,,
tanda tulus ingatan,,
lg 1 tujuan nak bagi blog yang telah lama tidak disentuh nie
hidup kembali~~


dengar2 cter ramai sekarang nie yg tengah bercuti,,
termasuklah saya..(hehe..budak sekolah katakan)
yang kawan2 lepasan matrikulasi & asasi yang baru dapat result..
tahniah!
ingat apa pown keputusan yang korang dapat..
syukurla ke atasNya..
Allah Maha Mengetahui..
& mungkin itulah yg terbaik buat korang~


kepada kawan2 yang masih berjuang dalam medan imtihan,,
all da best & biitaufiq wannajah,,teruskan perjuangan,,
janganlah sesekali berputus asa dalam perjuangan ilmu..
insyaAllah~ganjaran Allah menanti korang semua~~


lastly,,kat mana2 pon korang,,
jauh mana sekalipun antara kita,,
apa yang diriku harapkan.
doa tulis ingatan korang semua,,
doakanlah,,agar persahabatan kita kekal..
ukhuwah kita sentiasa utuh..
walaupun masa lama meninggalkan,,
walaupun sudah lama tidak ketemu,,
namun,,,hanya doa yang ikhlas..
kita pasti dapat bersatu,,

akhir kalam,,
petikan kata2 seorang ulama'

“Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.”
Abu Hamid al-Ghazali

Monday 5 March 2012

apa itu qarin..

ok... tuk entry kali ni aku nak lain dari yang lain..cerita islamik wei....
apa itu QARIN....??


korang sume tahu tak..?? TAHU...?? TAK TAHU...?? PERNAH DENGAR..??? PERNAH TENGOK...???
apa papun mai cini aku nak bagitau kat sume apa itu sebenarnya QARIN....



Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?




Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !


والله اعلم