5H

5H

Wednesday 6 April 2011

~Petua Bersahabat~

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah S.A.W.) kepada anaknya:
Pertama:
~Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua:
~Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga:
~Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat:
~Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima:
~Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

~BERSAHABATLAH KERANA ALLAH KERANA IA PASTI INDAH~

P/S : so,,ini sedikit perkongsian yg boleh kte share ngan korang..mgkin petua ini korang boleh gunakan di alam universiti dan alam pekerjaan yg boleh membantu korang memilih kawan atau sahabat sebagai pendorong korang..insyaALLAH



No comments:

Post a Comment