5H

5H

Friday 17 May 2013

dengan bismillah,,,






Dengan Bismillah ku Rindu Kalian^_^ Slideshow: Balqis’s trip to Klang was created with TripAdvisor TripWow!


Bismillahirrahmirrahim,,sebelum tu jom kita sama2 ucapkan subhanallah, alhamdulillah,,allahuakbar! ^_^..
ok pertama sekali kte dengan serendah hatinya nak mohon ampun dan maaf kepada kawan2 kerana sudah lama tak meng'update' blog ni,,kadang2 ada masa tapi terputus idea,,kadang2 bila idea datang masa pulak tak cukup,,biasalah lumrah kehidupan!

ok,,post kali ini saja je nak bawak kawan2 mengimbau kenangan lalu,,agak2 berapa tahun dah ye kita sama2 tinggalkan bumi intersaber yang sungguh damai tu,,(baru je kan)..ok xkisahlah,,yang penting kenangan2 tu pernah diukir bersama-sama,!

ok sejujurnya,,bila dah duduk sorang2 ni baru rasai nikmatnya kawan,,bila dah tua(dah abis sekolah) baru dapat merasai nikmatnya dan syoknya duduk kat sekolah! dulu,,dapat main lari2 kat padang yang luas! dapat main gaduh2 SAS N SSP(siapa ingat? :) dapat kena marah dengan cikgu!!tu la hakikat manusia,,memang tak pernah nak bersyukur(peringatan diri sendiri)oh,,bestnya zaman dulu,, :(

kawan2!memang seronok bila kita hidup dalam suasana yang ramai2,,dapat belajar sama2! walaupun tension asyik dapat result top bottom je tp Allah tetap anugerahkan satu peluang untuk kita pernah mengenal antara satu sama lain,,betul lah kata2 Allah :
 Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)..

oleh itu,,berkenal-kenal la kamu antara satu sama lain! tapi ingat jangan lupa jaga batasan ye!^_^ 

ok lah sebenarnya spontan je tulis ni! saja nak habiskan masa sikit! ok cuma ada sedikit kata2 yang nak kongsikan buat diri sendiri dan kawan2 !
 “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

ok! walaupun kte sedar kita pon belum cukup untuk menjadi ciri2 sahabat sejati buat korang semua,,tapi ayuh sama2 kita persiapkan diri supaya teman dan kawan2 kita yang baik ini mudah2 mudahan menjadi saham di akhirat kelak!

ok,, akhirnya bittaufiq wannajah buat kawan2 yang sedang dalam imtihan! buat betul2,,in sha Allah semoga kejayaan milik korang semua..barakallahufikum^_^