Assalamualaikum ! Demi utk menepati janji, aku tulis jugak
lah sebab dulu ada janji bila dah habis exam kena tolong meriahkan blog ni.
Jadi mungkin kali ni aku nak kongsi tntang topik yg nmpak sgt general tapi
penting ! KEPIMPINAN atau KHALIFAH . Bila sebut je 2 perkataan ni memang kita
akan fikir smua manusia dijadikan sebagai khalifah dan pemimpin. Paling kurang
pon jadi pemimpin kepada diri sendiri dan seterusnya ke peringkat atasan dan
aku malas nak ulas pasal bnda itu sbb rasanya korang smua dah tahu dan sedia
maklum.
Disebabkan umur kita dah 20 ! (dah tak belas2 lagi dah !),
jadi aku rasa wajar utk aku ulas skit berkenaan dgn PEMIMPIN di peringkat yg
lebih tinggi iaitu pemimpin kepada masyarakat dan negara. Sape kata jadi
pemimpin itu mudah dan senang ? Sorang pemimpin tu satu tapak kakinya di dalam
syurga dan satu lagi dalam neraka. Kalau pemimpin itu adil masuklah dia dlm
syurga dan kalau beliau zalim..neraka lah jawabnya.
Jadi mcm yg kita smua tahu
parlimen dah pun mula bersidang dan pemimpin2 atau pon wakil rakyat dah start
lah buat kerja2 dorang. Dlm parlimen itulah undang2 atau perlembagaan digubal
dan dipinda dan suka atau pon tak segala apa yg berlaku dlm parlimen itu akan
mempengaruhi hidup seharian kita walaupun kita tak peduli apa yg berlaku. Bila
sebut saja parlimen, memang tak lari lah ungkapan PERBAHASAN. Mungkin kalau
kita masuk pertandingan bahas kita akan bermati matian nak kata kita yg betul
dan kata pembangkang itu salah. Tapi bagi aku, kalau pemimpin
yg baik sepatutnya berharap agar kebenaran akan ditunjukkan melalui lidah
lawannya dan bukan daripada lidahnya sendiri supaya dia tak ego dan selalu
fikir pendapat dia sahaja yg betul..tapi mesti tak akan ada org
yg mcm ni kan ? kalau ada pon nnti org kata beliau itu gila..
realitinya memang
susah kita nak capai persetujuan dlm satu2 perkara sbb cara kita fikir dan
nilai satu benda tu memang tak sama. Sbb itu Tun Mahathir pernah sebut.. kalau
nk uji kepimpinan seseorg itu..suruhlah dia buat satu undang2 utk
dilaksanakan.. kalau dari pemimpin yg baik mesti tiada kontroversi yg akan
berlaku…tapi disebabkan tak ada keputusan yg akan puaskan hati smua org…maka
kalau kurang dari 5% kontroversi berlaku maka beliau masuk dlm kategori
pemimpin yg baik.
Ada sorang hamba Allah ni , alhamdulillah results SPM dia
boleh lah tahan.. dan lpas dpt results..ramai org tnya ..nak buat medic eh ?
engineering ? *mungkin disebabkan dia aliran sains dulu.. dan alhamdulillah dia
ni dpt beberapa tawaran kursus yg berbeza dari organisasi yg berlainan seperti Petronas,
Mara dan sebagainya. Tapi akhirnya , dia amik tawaran daripada Bank Negara
Malaysia (BNM) dan smua org fikir.. amik BNM sbb dia kasi elaun paling byk dan
nmpak gah lah bagai. *sbb nik nur madihah dgn amalina che bakri budak BNM kira
gah lah kan ? Aku ada lah jugak tnya dia ni kenapa amik BNM? Tak amik yg lain ?
dan dia kata secara umumnya sistem pendidikan Malaysia ni kalau org yg dpt
masuk aliran sains je boleh dikatakan lebih cerdik skit lah(sbb sains kan susah
kannn !) kalau nk dibandingkan dgn org yg amik aliran sastera. Jadi kalau smua
org yg cerdik skit ni semuanya jadi doktor.. engineer dan kerjaya yg berkaitan dgn sains.. sape yg nak amik bidang sastera (kalau
ikut SPM lah) mcm ekonomi, perakaunan dan sebagainya. Sbb kalau kita tgk
realitinya, pemimpin negara kita.. menteri2 kesemuanya berlatar belakang aliran
sastera. Jadi kalau smua org pndai2 jadi doktor, org2 yg kurang cerdik pulak
akan jadi menteri.. jadi rugilah negara kita.
Sape yg control negara kita ? sape yg ada pengaruh dan kuasa lg besar…antara
doktor dgn PM.. kalau salah sorang buat kesilapan..mana yg akan beri impak yg
lebih kepada masyarakat ? doktor ke PM ? *Betul jugak kata dia ni kan ? Contohnya,
kalau kerajaan naikkan cukai pendapatan, rasanya semua org tak kiralah doktor
ke engineer ke peguam ke smua terpaksa akur dgn apa yg telah diputuskan oleh
golongan atasan negara kita.
Nak jadi pemimpin juga kena bijak ! Manusia ni tak sama. Tak
kisahlah dari segi apa pon…tahap pemikiran, gaya kehidupannya, agama dan apa2
lah. Pemimpin negara terpaksa berhadapan
dgn org yg berbeza2. Sbb tu kena bijak..Cara komunikasi itu kena pelbagai bak
kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kadang lembu mengemoo ! *
eh ? yeke? Hahaha Golongan muda, ada
caranya utk kita berkomunikasi…yg bukan muslim mungkin berbeza cara komunikasi
kita dgn sesama muslim.. Saidina Ali pernah ckp kalau kata2 kita datang dari
mulut..maka telinga akan dengar..tp
kalau kata2 kita dtg dari hati ..maka hati akan dengar.. jadi utk
berkata melalui hati.. kita kena kenali hati org yg kita nak berhadapan itu mcm
mana…warna merah ke putih ke mungkin hitam ke..
Mungkin ada yg kata..ala biarlah pemipin buat kerja dorang…kita
buat kerja kita..buat apa nk sibuk2 ambil tahu… kita perlu ingat pemimpin juga
adalah manusia biasa..tak akan terlepas dari kesilapan..jadi golongan2 yg
dipimpin ini perlu menegur sekiranya pemimpin ada melakukan kesilapan.. itu lah
peranan golongan yg dipimpin... analoginya kawan kita tgh pandu kereta nak
pergi kolej.. dan kita yg duduk kat belakang ni tahu dia dah tersalah
jalan…jadi kalau kita(yg dipimpin) tak tegur atau sedarkan kawan kita yg
memandu tu (pemimpin) maka sesatlah kita selama2nya…smpai qiamat pon tak smpai
kolej tuh..*pengalaman sendiri eh? Haha even kalau dalam solat pon makmum akan tegur imam kalau
dia salah..
Akhir sekali, jaga diri baik2 semua dah mohon tolong doakan
results exam aku yg akan kluar tak lama lagi supaya dpt aku terbang ! haha kalau
ada rezeki kita jumpa lagi !
Rama2 tak tahu warna kepak mereka…tapi mata manusia tahu
betapa cantiknya rama2.. konklusinya, kita tak tahu sama ada kita ni bagus atau
tidak tapi orang lain boleh nmpak bahawa kita ni sebenarnya sgt hebat..jadi jgn
takut utk menunjukkan kehebatan itu utk kepentingan agama ,bangsa, dan negara..
*aku memang suka rama2 sbb tuh kalau
tulis blog je mesti ada rama2.. hehe :D
No comments:
Post a Comment