5H

5H

Tuesday 5 March 2013

fail??!

..Qystina Amirah! laungan cikgu memanggil namanaya mengejutkan dirinya daripada lamunan..
kenapa dengan kamu ni Qystina? dah percubaan kali ke2 kamu masih gagal,,kamu ada masalah ke??

..Qystina terkedu,,tiada ungkapan yang terkeluar daripada mulutnya,,dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi dengan keputusannya,,keputusannya masih lagi sama,,GAGAL~~kertas peperiksaanya ditulis angka dengan menggunakan pen merah,,dia cuba menjawab soalan gurunya namun belum sempat kata-kata keluar dari mulutnya,,gurunya terlebih dahulu mencelah sambil memegang erat bahunya dengan penuh kasih sayang~~

,,"Qystina,,semua orang berhak berjaya,,kamu pon berhak berjaya sayang,,kamu ada masalah ke dengan subjek ni,,xpe,,kuatkan semangat kamu,,insyaAllah cikgu sentiasa membantu kamu,,,"
Qystina masih membatu,,hanya air mata sahaja yang berguguran,,tiada kata-kata..sepi~~sebelum dia masuk semula ke kelasnya,,hanya ungkapan terima kasih yang tersekat-sekat diberikan kepada gurunya,,

                                                                                     ********

" Qyst! apsal muka ko merah semacam ni? ko nangis erk? pehal ni beb?" sapa kawan baiknya,,umairah,,

Qystina hanya menggeleng,, " xla,,aku selsema nie,,malam tadi kan hujan,,Qystina lebih selesa menyembunyikan masalah pelajarannya daripada kawan2nya,,dia sendiri malu dan segan,,kawan2 baiknya semuanya hebat2 belaka,,sentiasa mendapat anugerah pelajar cemerlang di setiap kali peperiksaan..dirinya? dia sendiri tidak tahu,,peperiksaan besar semakin hampir,,dia melihat kawan2 nya bertungkus lumus mengulangkaji,,saat itu Qystina cuba bangun mengikuti jejak kawannya,,yea! dia juga berhak untuk berjaya,,,

..Lagi beberapa hari sahaja peperiksaan besar akan dijalankan,,Qystina tidak mengulangkaji seperti sahabatnya yang lain,,fikirannya buntu,,dia sendiri tidak pasti sama ada dia boleh menjawab atau tidak,,sampai 1 tahap dia rasa putus asa,,putus asa untuk teruskan pembelajaran dengan subjek2 yang baginya membebankan,,bukannya dia tidak minat cuma dia sendiri tidak faham,,baginya menjadi seorang pelajar sains 'extreme' sedikit memerlukan kefahaman yang tinggi,,Qystina bukan seorang yang bodoh,,cuma dia seorang yang sentiasa berfikiran negatif,,sentiasa merasakan subjek2 killer itu menyusahkan,,dari awal tahun hingga akhir tahun,,hanya perkataan 'Susah..'tak boleh',,gagal sahaja yang bermain di fikirannya.

,,pernah suatu hari dia begitu sedih! malu bersama rakan2nya,,dia seingkali dimasukkan ke dalam kelas pemulihan disebabkan keputusannya yang kurang memberangsangkan,,namun,,di hati dia tetap bersyukur kerana menjadi anak kesayangan guru2,,diberi perhatian yang lebih,,di situlah dia mempelajari sesuatu,,dia melihat kesungguhan guru2nya mengajarnya dan kawan2 yang lain,,sedikit pun tidak pernah mengeluh,,sedikt pon tidak pernah jemu,,mengajar anak-anak muridnya yang begitu sukar untuk memahami,,satu persatu diajarkan dengan penuh kasih sayang,,dan bermulalah di sutu dia tekad untuk berusaha bersungguh2 sebagaiman dia melihat kesungguhan guru2nya mengajarnya,,,

namun,, Allah tetap mengetahui segalaNya,,Allah mengetahui setiap yang terbaik untuk hambanya..keputusan SPM telah diumumkan,,Qystina hanya mampu tersenyum tawar,,keputusannya tidaklah sebaik mana jika dibandingkan dengan sahabat2 yang lain,,Qystina cuba menguatkan hatinya,,memujuk hatinya untuk menerima apa yang telah ditentukan,,walaupun baginya keputusan itu kurang memuaskan tapi hatinya tenang,,kerana dia yakin,,Allah telah menentukan yang terbaik baginya,,walaupun bukan sekarang,,tapi mungkin esok ataupun hari2 seterusnya ataupun di akhirat kelak,,,

,,sedang hatinya masih menahan sedih,,sedang hatinya menahan cemburu melihat kejayaan sahabat yang lain,,dia membuka surat cintanya,,,lalu terjumpa sepotong kata-kata yang cukup indah dan manis..subhanallah,,

..dan janganlah kamu iri hati terhadap karunia yang telah dilebihkan Allah kepada sebagian 
kamu atas sebagian yang lain.( kerana) bagi laki-laki ada bagian yang mereka
usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bagian dari apa yang mereka usahakan,,mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya,,sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu...

(An-Nisa : 32)

,,mengalir air matanya seusai membaca ayat itu,,baginya sedikit kegagalan itu merupakan salah satu kurniaan Allah kepadaNya..dia sepatutnya tidak sedih! tetapi bersyukur...kerana mungkin kegagalan yang dialami itu merupakan satu..kafarah dosanya terhadap ilmu2,,terhadap guru2nya,,kawan2nya,,ibu bapanya,, atau mungkin 'kegagalan itu untuk membantunya mengkoreksikan dirinya yang sentiasa berfikiran negatif,,ataupun mungkin kegagalan itu sebagai satu permulaan baginya untuk mencapai kejayaan dirinya akan datang~~

****************

,,cerita di atas sekadar rekaan,,mungkin sedikit motivasi kepada kawan2 dan terutamanya pada diri..
ingatlah! setiap  kegagalan bukan untuk menjatuhkan tapi kegagalan adalah satu permulaan untuk mencapai kejayaan yang luar biasa! dan jika suatu hari kalian menghadapi kegagalan,,bangunlah dan teruskanlah usaha kalian untuk mencapai kejayaan yang luar biasa,,insyAllah,,

.,,salam ukhuwah!salam motivasi buat sahabat2 5hidayah2010 rakan2enigma dan semua pembaca!~