5H

5H

Saturday, 13 October 2012

exam fever


Assalamualaikum

Hari ni memang rasanya cuaca amat baik, disertakan dengan angina yang sepoi-sepoi bahasa rasa macam duduk kat tepi pantai je. Ok itu bukanlah entry yang DANE nak sampaikan, tapi sekarang ini di kampus DANE sendiri ada satu wabak.. iaitu EXAM FEVER… ha3.. wabak la sangat kan..

Ok kali ini, kami final exam agak lewat berbanding tahun lalu semester satu dahulu. Manakan tidaknya sesi kali ini pendaftaran bermula agak lewat… ok stop..tak mahu melalut panjang-panjang…

By the way, sama-samalah kita kuatkan azam dan sematkan tekat yang tinggi untuk terus cemerlang di dunia mahupun di akhirat, rebutlah segala peluang dan ilmu di sini, kerana DANE yakin di sinilah tempat yang sesuai untuk kita semua menuntut ilmu untuk memberikan sumbangan kepada UMMAH, berlandaskan trademark ‘WE ARE TORCHBEARERS FOR THE UMMAH’. Semoga dengan apa yang telah kita peroleh sepanjang berada the GATEWAY OF THE GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE ini mampu untuk dijadikan satu asset yang berharga untuk diri kita, keluarga, bangsa, agama dan Negara. Insya Allah.



Bittaufiq wannajah kepada sahabat-sahabat. Insya allah, di mana ada kemahuan di situlah terdapat jalan yang terbaik untuk kalian semua..


~ Berusahalah untuk mencapai sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan AGAMA sebagai jalan yang sebenar~

Saturday, 6 October 2012

Monday, 4 June 2012

Kabare??^_^.

Salam perjuangan..
salam ukhuwah..
salam persahabatan,,
salam perantauan..
& salam 1 akidah,,
buat sahabat2 5 Hidayah,,yang sentiasa dalam ingatan^_^


apa khabar semua?
sahabat2 yang berada di Bumi Anbiya'
yang berada di Bumi Urdun..
& yang x lupa kepada sahabat di tanah air tercinta,,
Malaysia,,
harap korang semua ok2 jela,,


ok,,panjang pulak intro,,
sori2,,kat sini hanya nak bertanya khabar,,
tanda tulus ingatan,,
lg 1 tujuan nak bagi blog yang telah lama tidak disentuh nie
hidup kembali~~


dengar2 cter ramai sekarang nie yg tengah bercuti,,
termasuklah saya..(hehe..budak sekolah katakan)
yang kawan2 lepasan matrikulasi & asasi yang baru dapat result..
tahniah!
ingat apa pown keputusan yang korang dapat..
syukurla ke atasNya..
Allah Maha Mengetahui..
& mungkin itulah yg terbaik buat korang~


kepada kawan2 yang masih berjuang dalam medan imtihan,,
all da best & biitaufiq wannajah,,teruskan perjuangan,,
janganlah sesekali berputus asa dalam perjuangan ilmu..
insyaAllah~ganjaran Allah menanti korang semua~~


lastly,,kat mana2 pon korang,,
jauh mana sekalipun antara kita,,
apa yang diriku harapkan.
doa tulis ingatan korang semua,,
doakanlah,,agar persahabatan kita kekal..
ukhuwah kita sentiasa utuh..
walaupun masa lama meninggalkan,,
walaupun sudah lama tidak ketemu,,
namun,,,hanya doa yang ikhlas..
kita pasti dapat bersatu,,

akhir kalam,,
petikan kata2 seorang ulama'

“Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.”
Abu Hamid al-Ghazali

Monday, 5 March 2012

apa itu qarin..

ok... tuk entry kali ni aku nak lain dari yang lain..cerita islamik wei....
apa itu QARIN....??


korang sume tahu tak..?? TAHU...?? TAK TAHU...?? PERNAH DENGAR..??? PERNAH TENGOK...???
apa papun mai cini aku nak bagitau kat sume apa itu sebenarnya QARIN....



Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?




Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !


والله اعلم
 


Friday, 23 December 2011

follow up sahabat2 kita!!

Salam semua kepada sahabat2 terutamanya warga 5 Hidayah,,kepada sahabat2 yang sudi melawati blog ini..terima kasih kalian~Pertama sekali,,kte nak minta maaf banyak2 sebab lama sangat2 xupdate blog nie,,dan mungkin sekarang nie blog ini agak kurang cantek~(act,xtaw nak design bg cantek)..and hopefully,,kepada sesiapa sahabat2 yang try nak design blog nie amat2 dialu2kan..

oklah,,sebenarnye tadi baru sahaja kte baca satu isu yang mungkin hangat sedang diperkatakan,,ttbe terus mendapat ilham nak tulis..isu pasal ARIFF ALFIAN ROSLI,,mungkin sape2 yg berminat nak baca kisah full dye bolehla melawat blog akhi nie..

http://jhazkitaro.blogspot.com/2011/12/ariff-alfians-big-fat-gay-wedding-from.html

http://nurizspace.com/2011/12/gambarariff-alfian-kahwin-gay-pelajar-cemerlang-spm.html

kawan2,,cuba muhasabah diri balik??siapa yang sepatutnya kita nak salahkan???
mengapa dia boleh jadi sedemikian,,sedangkan dia merupakan salah seorang pelajar cemerlang SPM  dahulu..dia juga seorang yang sangat2 hebat dari sudut akademiknya,,
tp malang betul..teringat kata2 cikgu tyme kita nak jawab SPM dulu,,
"Kamu buat SPM nie betul2,,SPM ini adalah menentukan masa depan kamu...
ya!memang betul..kata cikgu,,yelah,mungkin tanpa kejayaan dari result SPM korang..mungkin korang xkan sampai sambung belajar ke MESIR, JORDAN,,UK ,,UNIVERSITI2 TERKENAL,,xpon,,KOLEJ2 MATRIKULASI yang hebat2 belaka,, tp cuba korang tengok kes Ariff Alfian tue,,(nauzubulillah,,semoga kte dan kalian semua dijauhkan dari jadi seperti dia...)
Dia seorang pelajar cemerlang SPM,,salah seorang pelajar tajaan PETRONAS lagi,,(bukan senang nak dapat)dan beljar kat IRELAND pulak tue,,memang hebatla,,tp dari sudut ROHANINYA??astaghfirullahalazim,,

sedih tak..Seorang Muslim yang masyarakat, agama dan negara harapkan supaya menjadi seorang yang sangat berguna supaya dapat memjukan agama ISLAM, bangsa MELAYU,,dan negara MALAYSIA,,rupa2nya,,membinasakan & memalukan agama, bangsa dan negara sendiri,,kte xsalahkan dia 100%,,mungkin ini adalah salah satu ujian buat dia,
,tapi apa yang kita nak highlightkan kat sini,,
sama2lah kita muhasabah diri kita balik..kepada sahabat2 5 HIDAYAH xpon Warga ENIGMA 0610..xpown mana2 sahabat yang membaca blog nie,,harap2 sangat kalian,,sentiasa follow up sahabat2 kita!
jangan jadikan alasan untuk kita terputus hubungan dengan mereka,,sekarang nie teknologi sangat2  hebat,,dengan adanya FESBUK,TWITTER,SKYPE,YM n macamla2..jangan biarkan kawan2 kita terpesong akidahNya!sekiranya mereka terpesong bukan sahaja mereka yang salah tp diri kita juga,,kita sebagai sahabat mereka,,
teringat kata2 Allah


`ä3tFø9ur öNä3YÏiB ×p¨Bé& tbqããôtƒ n<Î) ÎŽösƒø:$# tbrããBù'tƒur Å$rã÷èpRùQ$$Î/ tböqyg÷Ztƒur Ç`tã ̍s3YßJø9$# 4 y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd šcqßsÎ=øÿßJø9$# ÇÊÉÍÈ
104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

oklah,,mungkin sekadar perkongsian dan kte harap sangat semua sahabat2 yang kita sayangi kerana Allah..muhasabah diri balik,,jagalah sahabat2 kita seperti mana kita menjaga diri kita malah lebih dari itu,,

~semoga ukhuwah kita berkekalan abadan abada~